Panduan Untuk Guru Baru Posting

Assalamualaikum wbt dan selamat membaca.


Alhamdulillah, seperti yang saya pernah update di entry sebelum ini, saya sudah berjaya mendapat penempatan ataupun posting sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 atau bahasa ringkasnya CIKGU.

Di sini, saya nak storykan dan kongsikan pengalaman dan panduan untuk adik-adik yang akan posting tak lama lagi berdasarkan pengalaman saya selama tiga bulan sebagai seorang guru baru. Masih baru tapi saja nak kongsi. Andai ada salah silap, mohon maaf. Hehe


First of all, once dah dapat result posting or negeri, terus asentiasa aware dekat website Jabatan Pelajaran Negeri untuk tahu daerah/sekolah korang. Ada sesetengah negeri, JPN suruh berkumpul dulu di suatu temapt baru lapor diri dekat sekolah. Ada jugak yang bagitau PPD terus. So, get ready!


Secondly, masa hari lapor diri nanti, korang akan dengar ceramah/taklimat/orientasi daripada pegawai JPN/PPD. Biasanya bermula pukul 8.00 pagi sampai 1.30 tengah hari. Haaaa. Once dah habis taklimat, terus pergi lapor diri dekat sekolah. Tak kira lah taklimat habis awal atau lewat, terus pegi sekolah. Kalau tak, nanti rugi seniority sehari. Hehe. Kalau sekolah korang baik, diorng akan tolong punch card so korang tak payah pergi sekolah dah.

Aku haritu lapor diri hari Isnin. Tapi hari Ahad sebelum lapor diri tu dah pergi melawat sekolah. Kenal-kenal sekolah sebab nak tanya cikgu-cikgu pasal rumah sewa. In case korang tak jumpa rumah sewa, pergi je sekolah nanti confirm cikgu akan bantu. Saya dulu dapat homestay free seminggu sebelum jumpa rumah sewa. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan.

Haaa. First day dekat sekolah, rajin-rajin lah bertegur sapa. Berkenal kenalan dengan warga sekolah. Yang ni saya pasti korang takda masalah sebab apply balik pengalaman praktikum je. Hehe


Gaji. Haaaa. Ni paling menarik. Bila dah kerja, mesti akan dapat gaji betul tak. Sebelum korang dapat gaji, saya nasihatkan prepare lah duit poket secukupnya. Paling cepat gaji masuk dua minggu selepas lapor diri. Paling lama tiga-empat bulan. Huhu. Ada sesetengah PPD dia bagi waran/baucer gaji. Maksudnya gaji korang dapat full tapi tanpa slip gaji. Yang ni kerani akan uruskan. Sebab buat macam ni, supaya gaji masuk cepat. Saya haritu dalam sebulan dah dapat gaji pertama. Alhamdulillah. Sebab tu saya cakap prepare duit poket secukupnya in case gaji korang masuk lambat. Kalau korang takda housemate, lagi berat nak bayar rumah sewa sorang-sorang macam saya. Sebab takda yang dapat sekitar sekolah saya. Yang ada pun perempuan. Lelaki semua jauh-jauh. Masa nak masuk rumah dulu saya bayar sewa+deposit around RM700 lebih kurang. Huhu. Mujurlah ada duit simpanan sikit hasil tuisyen masa menganggur dulu. Hewhew

Gaji permulaan untuk guru baru iaitu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 mulai tahun 2016 ialah:

Gaji Pokok : RM2391.94
Elaun Tetap Khidmat Awam : RM300.00
Elaun Perumahan : RM300.00
Elaun Sara Diri/COLA : RM100-RM300 (depends on tempat korang posting)
Kadar Kenaikan Tahunan: RM225.00


Nanti korang lapor diri dekat sekolah, terus setelkan borang-borang yang perlu dihantar semula kepada SPP i.e Borang Medical Check-Up, Akaun Sumpah, Kew8, dan sebagainya. Hantar menggunakan Pos Berdaftar. Nanti pergi je pejabat pos, cakap dekat kaunter nak guna pos berdaftar. Nanti dia akan bagi apa yang patut. Yang ni in case korang kena pos sendiri. Kebiasaanya, kerani sekolah yang tolong poskan. Tapi aku prefer better korang pos sendiri sebabkan lagi cepat pos, lagi cepat dapat surat pengesahan lantikan. Macam yang aku dapat dekat bawah ni. Hehe


One last thing, kursus banyak. So you really need your own transport tak kisah lah motor or kereta or basikal. Asalkan boleh bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Last sekali, sebelum dapat posting, berdoalah banyak-banyak buat solat hajar agar dipermudahkan urusan posting, dapat rakan sekerja yang baik-baik dan memahami dan sebagainya. InsyaAllah, ada jalannya.

Selamat menempuh dunia reality yang sebenar. Saya nak nasihat panjang-panjang pun tak layak rasanya sebab saya pun masih baru lagi tapi alhamdulillah kita cuba belajar dan kongsi sama-sama. Apa yang baik kita ambil, yang buruk buang jauh-jauh insyaAllah. Buat yang terbaik.

Selamat Maju Jaya.

Cikgu Aizuddin bin Rojalai
25 Oktober 2016
2322 HRS

Comments

Unknown said…
Maaf nk bertanya gaji ikot subjek mgajar ke atau smue sma?
Terima kasih sbb bertnya. Gaji sama je smua. Tak kira ajar apa pun sbb gaji dibayar ikut gred jawatan kita DG41 bukan ikut course. Hehe.
Ok?

Thanks for reading. Jgn lupa share dkt kawan2 blog ni :)
gurudancikgu said…
Terima kasih atas perkongsian 👍
Unknown said…
Sama2. Terima kasih sbb sudi baca. Jgn lupa share dkt kawan2 di fb, twitter dsb heee ☺
Kenaikan gaji selepas setahun perkhidmatan. Contoh posting januari 2016 kenaikan seterusnya januari 2017..
Unknown said…
Gaji utk guru yg ada ijazah dlm engineering or architecture rasa lebih tinghi skit kot
Unknown said…
Maaf nak tanya kenaikan tahunan tu memang tiap tahun naik ke atau kena lulus apa2 ujian baru naik.
Ye kenaikan tahunan wajib dpt. Xde ujian apa2. Ckup berkhidmat setahun, dapat laa kenaikan nya.. 225 utk gred 41
Unknown said…
Salam.. nak tnya, kalau kerani lambat pos dokumen2 untuk pengesahan lantikan tu, akan mempengaruhi lmbt @ cpt dpt gaji ke?
Wsalam. Dokumen pengesahan lantikan tu tiada kaitan dgn gaji sbnrnya. Just utk disahkan cepat2 je.

Dokumen gaji dia panggil boranf kew8

Haa kalau borang ni dh setel, insyaAllah cepatlah gaji masuk..
Nanas said…
Nak tanya memang graduan lepasan ipg memang terus jadi cikgu kerajaan ke ?
iye betul. Sbb kami ditaja oleh KPm dan terikat dgn perjanjian dr awal belajar sampailah dah kerja.
eee said…
salam.lpsan ipg terikat dgn kpm berapa tahun?tkasih.
Its either 3 tahun or 5 tahun. Lupa dah..
anonymous said…
Salam nak tanya gaji utk guru kolej vokasional sama ke ?
wsalam. sama je. gaji dia ikut gred jawatan kita which is DG41. bukan ikut sekolah mana kita dipostingkan.
Unknown said…
assalamulaikum, jika baru tahu keputusan temuduga.. keputusan penempatan biasanya akan diberitahu juga melalui laman web SPP atau KPM ye??
Unknown said…
salam nak tanya kalau baru tau keputusan temuduga, agak berapa lamanya keputusan penempatan akan kita tahui? tk
Natasha Yusof : wsalam. kputusan temuduga akan keluar di website kpm dkt aplikasi egraduan. rajin2 lah semak ye. maybe dua-tiga minggu dari sekarang :)
Ying Shian Tay: Hai. biasanya tak lama dh. maybe dalam two - three weeks from now. korang dgrnya dijangka posting pertengahan januari. apa2 nnti cek dkt website kpm ye
Shafinaz said…
Salam. Nak tanya beberapa soalan. Harap sudi jawab.

1. Kalau gaji 3 bulan baru masuk, dia akan masuk sekali dengan yang tertunggak atau masuk untuk bulan yang ketiga tu je?
2. Berapa potongan KWSP?

Sorry saya runsing hal gaji sebab saya bukan orang senang. Runsing fikir bulan2 berapa nak bajet selagi tak dapat gaji. Terima kasih :)
Wsalam.

1. Gaji ofkos masuk skali dgn tertunggak. Kesemua utk 3 bulan gaji tu.

2. Potongan kwsp sebnyak 11% drpd keseluruhan gaji termasuk elaun. Kalau utk yg baru, biasa around 300 cmtu...
Unknown said…
Nk tanya, kalau 1hb 4 tau posting di mana, hari tu jugak ke kena lapor diri?
Bergantung kepada tarikh yg diberi KPM. tapi biasanya akan ada tempoh masa yg diberi. jangan risau. buat pesiapan awal2 selepas dapat keputusan temuduga. takdelah kelam kabut nanti.
Hi said…
Assalam saya nak tanya,lepas graduate,lama tak cik menganggur?
Wsalam. Saya habis belajar disember 2015. interview SPP bulan april 2016. Posting bulan ogos 2016. Konvo bulan November 2016.

batch sy lama sikit tunggu posting sbb ad msalah yg xdpt dielakkan. slepas pd tu, skejap je dh dpt posting.
Unknown said…
Salam.. Nk tnye lepasan stpm bole masuk ipg tak?
wsalam. boleh mohon tp menggunakan keputusan SPM dengan syarat umur tak lebin 20 tahun.
Lee said…
Nak tanya. Kalau saya ada master n phd ps tu mngjar kt SEKOLAH MENENGAH? GAJI MACAM MANA?

SOALAN KEDUA, GAJI PENSYARAH UNI TINGGU LAGI TAK DARI GAJI CIKGU SMK? HRAP DIBALAS. TERIM KASIH
Anonymous said…
Salam..berapakah had umur lantikan guru kerajaan?tk
Unknown said…
Cikgu...aliran mana yg patut dipilih selepas pt3 untuk menjadi seorang guru kelak nnt.
Unknown said…
Means byk kursus tu ade gnggu ari bekerja atau hati minggu atau cuti sklh ke😅. Kot la ade yg nk kahwin bersalin ke cmne ya
Unknown said…
Wahh,perkongsian yg amat membantu.. Sy baru praktikal need lots of pengalaman..best baca dpat belajar drpd pengalaman org lain..tq
Menjawab soalan Lee:

Perlu tahu bahawa gaji guru sekolah rendah dan sekolah menengah adalah sama. Ia tertakluk kepada gred perkhidmatan kita. Buat masa ni, KPM masih belum lagi mengiktiraf masters/PHD. mungkin boleh cuba mohon jd pesyarah jika berkelayakan..
Had umur lantikan guru kerjaan saya tidak berapa pasti. Mungkin 28. Cuba semak balik ye.. Tq..
Aliran patut dipilih selepas PT3. Aliran apa apa tak kisah. Macam saya sendiri aliran agama semasa SPM tapi skrg jadi guru Bahasa Inggeris bidang TESL.

Aliran tak memainkan peranan tapi yang penting, jika mahu mohon jd guru mata pelajaran tertentu, mesti mendapat keputsan A+ atau cemerlang bagi subject tersebut serta cukup syarat memohon IPG..
Kursus depends on your PPD. Kadang2 waktu sekolah. Weekend pun ada. Yang penting, ready fizikal mental. kalau cuti bersalin takde lah. Hehehe nama pun CUTI
Terima kasih semua sudi membaca post di blog saya. Maaf jika lambat reply. Dah bersawang blog ni tapi saya tetap akan cuba reply setiap komen di sini. Teruskan share di laman sosial masing-masing ya!
c1kwaualifnun said…
Wah thanks a lot. Good sharing sir. Saya pun bakal posting mgu depan ni. Ur post really help me well. May Allah bless you always for ur sharing to others sir.
Unknown said…
Assalam...
Gaji permulaan bergantung kpd 2 perkara
a. gred jawatan iaitu DG41
b. kelulusan di peringkat ijazah eg jika ISMP (IPG) semua gred dan permulaannya sama. tapi jika guru yg ambil DPLI di IPG @ Univ, gajinya bergantung kpd kelulusan di peringkat ijazah pertama @ kedua. Contoh...guru yg berkelulusan B kejuruteraan, Perakaunan atau Sastera...akan mendapat gaji permulaan yg berbeza. Cuba semak dgn JPA
Unknown said…
Nak tanya. Gred tu ikut mcm mne eak? Ikut berapa lama kita belajar ke mcm mne
Unknown said…
Assalamualaikum. Cikgu nak tnya. Sebelum cikgu minta spp, cikgu ada pengalaman sebagai guru ke? Sebb saya fresh graduate, ade kemungkinan diterima ke untuk jadi guru?
Wsalam. Saya merupakan graduan IPG tajaan KPM. Jadi automatik akan jadi cikgu je. Pada semester akhir, kami sudah mula mohon SPP melalui JobsMalaysia.

Kalau awak fresh grad, pastikan ada course background education sama ada dari IPTA/IPTS. Baru boleh apply jadi cikgu. Harap membantu.
Unknown said…
Assalam cikgu, sy pelajar ipg juga, gaji permulaan 2020 ni still sama ke dengan yang dinyatakan diatas?
Syafiqa said…
Salam cikgu, lapor diri tu biasanya awal tahun ke hujung tahun?
Can said…
Salam cikgu..saya diploma uni swasta...camna cara nk apply jadi guru sekolah kerajaan..boleh ke?
Wsalam.. Tahun 2020 juga gaji permulaan masih sama. Tiada perubahan lagi setakat ini..

Lapor diri awal tau hujung tahun bergantung kepada SPP dan KPM. Bila korang ditemuduga dan sebagainya. Ada je yamg lapor diri November. Ada juga Januari. April. Jun. Julai. Semua ada hehe bergantung atas KPM ya.

Kalau diploma uni swasta, KPM sudah tak ambil. Sbb skrg smua guru diwajibkan mempunyai ijazah skurang2 nya. Maybe untuk sekolah swasta boleh cuba ataupun mohob melalui kerajaan negeri.
Aiman said…
salam cikgu... kalau saya dah berkhidmat sebagai guru selama 4 tahun, gaji saya termasuk alaun adalah rm3916.94... kalau masa ni saya dah ada master, gaji saya akan naik ke masih sama? kalau naik berapa kenaikannya?
Wsalam. Buat masa ni kerajaan belum mengiktiraf master/phd untuk cikgu2. Jadi maksudnya tiada kenaikan gaji jika mempunyai master/phd. Harap membantu ☺️
Aiman said…
Ohh begitu ye... Terima kasih cikgu atas info yang diberikan... Sangat membantu...
Unknown said…
Kalau ketua jabatan bagi opsyen samaadamahu potong kwsp...tapi kita menolak....adakah salah....kerna kita memilih skim berpencen
Selagi anda belum disahkan dalam perkhidmatan dan diberikan taraf berpencen oleh SPP, anda wajib mencarum kwsp. Maximum tiga tahun dari tarikh posting. Selepas tiga tahun, anda sudah bebas utk memilih untuk terus bersama kwsp atau memilih skim pencen. Harap menjawab soalan nya.
Lele said…
Assalamualaikum cikgu, saya nak tanya untuk graduan ipg boleh pilih ke sama ada nak posting di sekolah menengah atau sekolah rendah?
Waalaikumussalam. Secara dasarnya tak boleh pilih sbb KPM dah tentukan graduan IPG untuk sekolah rendah manakala graduan pendidikan IPTA/S untuk sekolah menengah.

Tapi untuk kes tertentu mungkin diberikan atas sebab2 kukuh yg munasabah. Wallahualam 🙂
zara chempaka said…
Assalamualaikum, boleh saya tahu kelayakkan utk masuk ipg ? kita kena mohon melalui upu atau tak ye ?
Will wonka said…
Assalamualaikum cikgu nama saya Akma, saya nak tanya.. Macam saya pelajar dari UTHM dalam bidang ijazah sarjana muda pendidikan vokasional multimedia kreatif, boleh ke mengajar di sekolah biasa macam sekolah rendah atau sekolah menengah? Sebab kos saya ambil ni khas untuk sekolah vokasional dan kolej komuniti. Tapi dulu ye kami akan terus posting di mana² sekolah yang ada TVET ni tapi sekarang kos ni da jadi macam biasa kalau ada kosong boleh apply kalau tak de kosong so tak de lah. Jadinya saya sangat risau kalau saya tak dapat posting di mana². Boleh ke saya apply di sekolah biasa dengan kelulusan yang saya ada ni?
Wsalam Akma. Ok saya cuba jawab ya. Berkenaan program yang awak belajar di UTHM tu hanya ada di sekolah yanga da TVET. Betul. mohon jadi cikgu di mana mana sekolah, insyaAllah boleh jika memenuhi syarat dan kelayakan. Seleps tamat belajar nanti, awak mohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran SPP Malaysia. Selepas itu, jika layak SPP akan panggil untuk temuduga. Selepas temuduga akan dapat keputusan sama ada lulus/calon simpanan/gagal.

Kalau lulus insyaAllah tak lama kemudian akan dapat keoutusan penempatan/posting daripada KPM
Kalau calon simpanan mungkin kena tnggu sehingga tukar status kepada calon berjaya.
Kalau gagal, awak kena isi semula SPP dari awal. From scratch.

InsyAllah kelulusan tersebut berpeluang untuk jadi cikgu. Doa banyak2 😊
FutureCikgu said…
Salam Cikgu,
Saya skrg sambung Phd...saya dah ambik program DPLI sebab saya lulusan degree bidang kejuruteraan...selepas tamat phd saya nk mohon SPP utk jadi cikgu..Saya lagi minat utk agar pelajar sekolah berbanding pelajar university
Soalan saya,
1.Gaji gred DG41 ada phd berapa? 2.Anggaran berapa elaun yg diberikan kepada newbie
3.Cara nak apply guru STPM bagaimana? Apa syarat kalau nak jadi guru STPM? Atau dlm temuduga saya kena bagitahu minat utk ajar sebagai guru STPM?
4.Saya ada YouTube channel ajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6 will this be advantage ytk ajar pelajar students STPM?
Unknown said…
Assalammualaikum cikgu,saya student spm 2020 ada isi permohonan untuk masuk ke ipg,boleh tak cikgu bagi e-mel ataupun WhatsApp number cikgu sebab saya nak tanya beberapa soalan
Unknown said…
Assalamualaikum.. nak tanya, kalau graduan bukan pendidikan boleh ke mohon jadi cikgu? Saya graduan ijazah sarjana muda sains ( matematik industri ). Kalau boleh, apa step2 yang kena buat ye?
Unknown said…
Untuk penempatan lepas grad cepat atau lambat ye ckg? Sbb kebanyakannya ramai yg lambat dpt penempatan lps grad...ad yg smp 2 thun 😅
Unknown said…
Assalamualaikum cgu, boleh sy tnya kalau habis bljar ipg nnti,boleh ke kita sambung master utk jdi guru skolah menengah or lecturer,atau bahkan smbung pngajian di luar negara dlm bdang yg bsesuaian? Sy dpt mklumat ni drpd cousin yg bljar di ipg,hanya nk comfirmkan je
Menjawab soalan daripada Future Cikgu:
Wsalam. Gaji permulaan untuk lulusan masters dan phd ada sedikit berbeza dengan gaji permulaan degree. Dengan syarat sudah mempunyai master/phd sebelum dilantik secara sah oleh SPP. Gaji permulaan bg degree sy dh nyatakan di dalam blog ini. Nk jd cikgu stpm pastikan mohon untuk jd cikgu sek menengah. Namun bergantung kepada kekosongan dan pentadbir sekolah utk meletakkan anda mengajar pelajar di setiap level.
Untuk yang berkinat jadi cikgu graduan pendidikan/bukan pendidikan boleh mohon tawaran KPM secara one off yang bermula 7 Julai. Layari laman web SPP untuk maklumat lanjut ye
Wsalam. Boleh sambung masters or phd lepas tamat belajar di IPG. Saya juga skrg di semester akhir peringkat masters secara part timer. Nak sambung luar negara kena mohon biasiswa atau diluluskan oleh jabatan dan bergantung kepda peliang dan rezeki. InsyaAllah. Jika ambik biasiswa, ad contract yng perlu dipenuhi selepas tamat pengajian kemudian baru boleh mohon untuk jd lecturer dan sebagainya.
Assalamualaikum cikgu. Terima kasih atas perkongsian cikgu yg sgt membantu.

Sy merujuk kpd jwpn cikgu bertarikh 12 Julai 2021 berkaitan gaji permulaan bg Master dn PhD.

Sy dlm proses utk memohon pengambilan guru one off. Dlm sistem permohonan dinyatakan hanya ijazah sarjana muda yg diiktiraf utk pelantikan. Dn utk urusan temuduga juga hanya perlu lampirkan ijazah sarjana muda shj. Soalan sy:

1. Jika ada sarjana, perlu dikemukakan atau tidak utk urusan temu duga?

2. Kalau hanya ijazah sarjana muda shj yg diiktiraf, mcm mana permulaan gaji utk sarjana tu terpakai? Sy jd keliru bila rujuk sistem dn portal spp.

Mohon pencerahan cikgu. Terima kasih atas kesabaran cikgu membaca soalan sy ��
Wsalam.

Jawapan soalan 1:
Senarai sijil perlu dibawa perlu rujuk kepada senarai semak terkini. Semasa saya temuduga, senarai semak tersebut ada dinyatakan untuk menyertakan sijil sarjana (jika ada). Untuk temuduga sekarang, sy kurang pasti. Perlu rujuk web SPP untuk lebih info.

Jawapan soalan 2:

Untuk permulaan gaji bagi yang telah mempunyai Masters/Phd hanya boleh dibuat apabila anda sudah lulus temuduga dan dipostingkan. Ini kerana, semasa posting nanti, anda dikehendaki menghantar Pakej Setuju Terima Tawaran dan dalam tu anda akan nyatakan mempunyai Masters/Phd untuk melayakkan anda menerima gaji permulaan yang sedikit tinggi berbanding Ijazah Sarjana Muda.

Kesimpulannya, tak perlu risau. Mohon sahaja dulu sebagai Ijazah Sarjana Muda. Nanti bila sudah dilantik dan lulus temuduga dan dipostingkan, kemudian anda boleh selesaikan untuk mendapat manfaat gaji Masters/Phd melalui kerani sekolan tempat anda dipostingkan. Good luck!
Budak Daie said…
Assalamualaikum cikgu. Sy sangat tertarik dengan perkongsian cikgu dan terima kasih atas perkongsian yg menarik ni.

Sy nak tanya, mcm mana ya nak dapat tempat posting dekat dgn bakal isteri yg juga bakal guru? Perlu kahwin sebelum posting ke? Kalau perlu kahwin sebelum posting, bilakah masa yg sepatutnya sama ada sebelum temuduga spp atau ada waktu tertentu?

Terima kasih cikgu.

-Pelajar IPG
Wsalam Budak Daie..

Ye betul kahwin sebelum posting supaya insyaAllah dapat satu negeri dengan pasangan. Ramai kawan kawan saya juga berbuat demikian alhamdulillah dapat posting dekat dengan pasangan masing2.

Proses nya apabila kali terakhir anda update sistem e-graduan.. biasanya selepas temuduga SPP, anda dikehendaki update status e-graduan sekiranya sudah berkahwin atau belum. kemudian baru KPM dpt makluman status anda.

Unknown said…
Assalam. Adakah tangga gaji guru lepasan IPG bermula dgn DG41 hingga DG54? Adakah sama seperti tangga gaji guru sek menengah?
Wsalam ye betul.. Gaji graduan Ijazah pendidikan IPG dan IPTA (sek rendah dan sekolah menengah) sama saja sebab ia berpandukan gred DG41. Harap membantu.
Unknown said…
Aslm nk tnye apa gaji utk cikgu sekolah menengah bru masuk ?
Unknown said…
Apa gaji cikgu bahasa inggeris sekolah menengah lepasan degree dlm bahasa inggeris
Unknown said…
Kalau permastautin tetap yang ada ic merah x bole keje ke kt sekolah kerajaan??
Wsalam.. boleh baca komen2 di atas. Banyak soalan sama yg saya sudah jawab terutama berkenaan gaji sekolah rendah dan menengah/gaji guru subjek mana2 pun sama sahaja. Boleh cari di ruangan komen ya.. terima kasih
Cinderwardah said…
Assalamualaikum cikgu. Perkongsian yang sangat bermnfaat. Semoga dipermudahkan urusan cikgu.

cikgu saya nk bertanya,bKalau ada rezeki sy lulus IV nanti (aaminn), if saya opsyen bahasa Inggeris sy akan diberi subjek b.inggeris sahaja atau ada subjek lain ya?

Tips mengajar bahasa inggeris kepada pelajar2 yang berlainan level dalam stu class macam mana ya cikgu?
Cinderwardah:

Wsalam alhamdulillah amin terima kasih.. berkenaan subjek yang akan di ajar, semuanya bergantung kepada kekosongan opsyen di sekolah. Ada juga guru opsyen BI tapi tak mengajar BI pun. Hal ini sentiasa berlaku di skolah rendah. Kalau sekolah menengah, mungkin tidak/jarang2 berlaku.

Anda juga akan diberi beberapa subjek elektif seperti PJPK dsb mengikut keperluan. Jadi kena bersedia..

Tips mengajar saya rasa bergantung kepada cara dan murid cikgu sendiri hehe lain orang lain cara. Sedikit cara saya, sy suka kenal dulu murid tu mcm mana, background dan sebagainya. Kemudian kita approach murid tersebut ikut apa yg kita rasa sesuai. Kalau tak menjadi, kita cuba tukar dan tukar lagi sehingga sesuai. Try and error. Begitulah..

Semoga berjaya dalam IV nanti insyaAllah amin sy doakan :)
Unknown said…
Assalamualaikum.. saya nak tnya klau lpasan drp ipg dia mmng akan mngajar skola rendah, tp klau dia keep study smpai master la.. dia brkmungkinan akan dpt mngajar skola mnengah jga ka ya
Unknown said…
dan soalan ke-2 saya blh tak smasa ambik master courses saya tak sama dgn smasa degree tu? Mohon pncerahan ya cg..
Wsalam. Berdasarkan apa yg saya tahu, lepasan Ipg tak boleh tukar ke skolah menengah walaupun dah ada master sbb tempat kita mengajar adalah berdasarkan ikhtisas kita. Contoh degree di ipg mmg khusus untuk pendidikan rendah. You cant change it.

Master boleh sambung mana2 bidang bergantung kpd universiti. Tapi kalau Degree tesl, master math tak boleh. Tertentu sahaja contoh psikologi pendidikan, kurikulum dan pedagogi dsb..
Unknown said…
Assalamualaikum nak tanya. Sy degree kimia, then buat DPLI tapi skrg posting dapat mengajar sejarah Sekolah Rendah. Adakah sy berpeluang mengajar subjek Kimia sekolah menengah?
Unknown said…
Assalamualaikum cikgu,sy Nurul dari shah alam. Terima kasih byk2 atas pencerahan yg diberikan cikgu di atas. Sgt2 membantu.

sy graduan degree bahasa arab dan sekarang sy sambung belajar master pendidikan islam, soalan sy boleh ke sy mengajar di sekolah menengah dengan degree bahasa arab tanpa ada degree pendidikan. Sy risau dan sbb itu sy sambung master pendidikan. Tp kerajaan tidak mengiktiraf master/phd jd cikgu sekolah? Boleh cikgu beri cadangan?

Soalan seterusnya tempoh cikgu sekolah menengah bekerja berapa jam sehari?

Mohon pencerahan dari cikgu dan terima kasih kerana cikgu sabar membaca dan jawab soalan sy. Semoga Allah balas kebaikan cikgu. Aamiin ya rabb.
Wsalam. Menjawab soalan yang ditanya..

1. Untuk menentukan kita dapat mengajar di sekolah menengah/rendah adalah bergantung kepada ikhtisas pendidikan kita. Haritu ada mohon guru one off tak? Untuk melayakkan mengajar di sekolah under KPM, kena ada background pendidikan. Cadangan saya, mungkin boleh cuba Diploma Pendidikan ataupun nama lain DPLI. Lepas dah sambung DPLI, boleh mohon di website pengambilan guru SPP. Master pendidikan tidak dikira kerana KPM belum iktiraf master pendidikan untuk guru.

Ataupun tunggu iklan pengambilan guru interim/dini jika ada. Rata-rata yang memohon guru interim/dini tidak mempunyai background pendidikan tetapi mereka akan dipostingkan dahulu di sekolah dan dikehendaki sambung belajar untuk mendapat Diploma Pendidikan. Yang ni kena sentiasa peka dengan iklan pengambilan guru KPM.

2. Sekolah mengajar adalah bergantung kepada KPM terutama untuk yang tiada background pendidikan. Tetapi jika ada background pendidikan, sifirnya mudah sahaja : lepasan IPG akan mengajar di SK. Manakala lepasan Universiti akan mengajar di SMK.

3. Waktu mengajar di SK biasanya bermula 7.30 pagi - 1.30 tengah hari. Manakala SMK bermula 7.30 pagi - 2.30 petang (kebiasaannya). Lain sekolah, lain waktu kerjanya. Semuanya bergantung kepada sekolah yang akan dipostingkan nanti.

Amin terima kasih atas doanya. Semoga dipermudahkan juga urusan awak untuk menjadi seorang guru. Terima kasih juga sudi baca blog saya ni.
Unknown said…
Maaf nk tnya, untuk gred bgi siswa yg bru menamatkn pengajian di IPG, bermula dri gred ap yer? Bole terngkn secara detail serta total gaji yg diterima berdasarkan gred tersebut. Terima kasih
Unknown said…
assalamulaikum, saya nak tanya gred ni sebenarnya macam mana ya? apa yang membolehkan kita naik ke gred lain? maaf sebab saya baru nak masuk ipg lepasan spm jadi saya tak tau
Unknown said…
assalamulaikum, sy nak tnya cikgu, sy ada berminat untuk mnjadi seorang guru. Tapi tahun ini saya bru habis diploma in Civil Engineering. Dan sy mahu smbung bljar untuk mengambil ijazah pendidikan di IPTA. Adakah sya dapat apply mengambil Ijazah sarjana pendidikan dengan lepasan Diploma in Civil Engineering?? Dan sekiranya saya berjaya apply Ijazah sarjana pendidikan, adakah sya dapat menjadi seorang guru yang mngajar di sekolah menengah ?? Maaf cg sbb bnyak pertanyyan, sya teringin sngat untuk menjadi seorang guru .
Unknown said…
Assalammualaikum.cg, kalau gaji permulaan DG 41 rm 2391.94 contoh...bagaimana selepas pengesahan DG 41, adakah pelarasan gaji atau gaji still rm 2391.94 sehingga kenaikan gaji DG 44. thank you
Veronica said…
Yang amat berhormat Tuan pengerusi dan para guru serta sekalian murid ,ini janji saya akan mengajar lebih masa dan kelas tambahan percuma tapi yg ada duit tk salahkan ,kurang beban guru dpt gaji kita habiskan gaji cikgu pulak janji kawan sampai mati susah senang kita harungi ada masaalah cikgu selesaikan ehm ehm .sekian terima kasih salam perkenalan sampai jumpa live.
its er1n said…
assalamualaikum cikgu.sekiranya dah tamat belajar di ipg dan dah mula bekerja. is it possible kalau kita sambung pjj untuk course seperti accounting dan sebagainya?
Terima kasih semua atas soalan..

1. Soalan berkaitan gaji dah banyak kali saya jawab di sini. Boleh scroll all the comments.

2. Gred ni berdasarkan kelayakan akademik. Ada degree, dpt gred 41. Kalau diploma gred 29. SPM gred 19 dsb.

3. Kenaikan gred bergantung kepada tempoh kerja. contoh DG41 ke DG44 ambil masa 8 tahun. Nak cepat? Boleh cuba mohon laluan guru cemerlang.

4. Boleh sambung PJJ course lain selepas IPG as long as tidak mengganggu tugas hakiki di sekolah dan dengan kebenaran ketua jabatan masing-masing.

5. Kalau ada degree engineering, dan berminat nak jadi cikgu? Mohon DPLI atau mohon guru one-off yang KPM buka. Rujuk iklan di website kpm atau fb kpm sentiasa.

All the best semua!! Terima kasih sudi singgah di blog ini..
TIEQA1202 said…
ASSALAMUALAIKUM cikgu, maaf nak bertanya sekiranya cikgu masih lagi baca komen saya ni. Saya baru dapat tawaran dg41 dan masih belum tahu tarikh lapor diri. Soalan saya:

📌 Masa memohon spp dan dapat iv, sy menggunakan degree, tetapi semasa dapat tawaran dg41, saya sedang melanjutkan master dalam bidang yang sama.
📌 Bagaimana untuk saya dapatkan gaji yang berkelayakan master? Adakah saya perlu tamat kan pengajian dahulu, baru saya mohon untuk kenaikan gaji tersebut?

Terima kasih
Wsalam. Congrats and welcome to the teaching world. Syarat untuk dpt kelayakan gaji masters adalah calon mesti graduate sebelum posting.

Contoh grad Disember 2023. Posting Januari 2024. Then boleh mohon gaji masters. Tp jika posting dulu, then baru graduate, tak dpt. Harap membantu. All the best in your career ��
Heicy said…
This comment has been removed by the author.
Syahmi said…
Assalammualaikum cikgu. Maaf bertanya jika kita praktikal di sekolah rendah adakah kita akn posting di sekolah rendah? Saya pelajar dpli
Wsalam. Maaf untuk dpli sy kurang pasti. Kena rujuk rakan2 atau bekas pelajar dpli utk kepastian ye..

Popular posts from this blog

Temuduga SPP : Tahniah Anda Berjaya!

The Journey of My Sarjana Pendidikan TESL @ UKM 2019/2020/2021/2022