#KeLangkawiKeKita #Backpackers #JPP

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Berakhirlah sudah sesi 'backpacking' di Langkawi bersama sahabat sahabat JPP pada 22-26 Mei 2014. 

Kisahnya bermula semasa sesi kenduri strawberri di JPP Suite apabila Mija menyatakan hasrat untuk ke Langkawi bersama Apip, backpack katernyaaa. So kami-kami yang ada di situ terus mencelah untuk join sama. Tambah sorang demi sorang sehinggalah cukup kami bertujuh. Masterp plan Apip dan Mija. Pengikut dia Aku, Aboh, Rock, Kai dan Miejah.

Semua plan Apip dan Mija berubah kerana memandangkan kami mahu ikut serta, so perancangan harus dilakukan dengan teliti termasuklah dari segi duit, penginapan, kenderaan bla bla bla. Keesokan harinya, wujudlah group wassep kami bernama Langkawi Trip dan Aboh sebagai admin. Dan disitulah kami berbincang dari sekecik-kecik perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Huhu

First day, check in motel, Rainbow Lodge yang hanya kipas. Haha. Ad kisah di sebalik benda ni. Pastu pergi Makam Mahsuri (bored) sebab ni kan historical place. So, most of us were not interested with it. Huhu. Daripada lepas Zohor sehinggalah pukul 2 pagi baru kami pulang ke motel. Kami bermovie night di Langkawi Parade menonton X-Men. Daripada 7 orang, 3 orng je bertahan dari awal cerita sehingga tamat. Wuhu

Second day, ini yang paling menarik among all. Island Hopping. Kami menyewa satu bot dan dibawa ke sekitar tempat di Pulau Langkawi seperti Tasik Dayang Bunting, Fish Feeding, Eagles Feeding, Pulau Beras Basah etc etc. Seriesly, that was my first time naik the real boat on a water yang bergelora. Huhu. I really love the experience. 
Lepas sahaja Zohor, kami chck in hotel baru sebab nak aircond. Pastu terus berdesup menuju ke Cable Car. That was my first time too naik Cable Car and every single second in that Cable Car, I was like krik krik krik because haha. I dunno how to describe my feeling at that time. Tapi, overall okay la sebab tu kan festime aku naik. So okay je. Gayat tak sangat sebab naik flight ok je and lagi tinggi terbang compare to cable car. Hehe

Third day was a last day for us. Kami pagi lepak di pantai. Makan meggi. Huhu. Pastu terus ke kilang ubat gamat shopped for a few things and then hantar kereta sewa. Then lepak la di Jetty Kuah tu sampailah pukul 5 petang. Lama kan? 
Pengisiannya, kami berbowling sebanyak 3 games, karoks dan late luch. Cukup sehinggalah waktu ferry datang. Haha
Malamnya pukul 8, bertolak ke Kuala Terengganu. That was the end of my vacation.

Secara kesimpulannya, percutian ini merupakan yang paling splendid superbly interesting because banyak pengalaman baru yang aku dapat plus bersama geng-geng dalam satu organisasi #JPP yang cukup sporting dan happening dan suka selfie. Semua susah payanh gelak ketawa sedih dikongsi bersama di Pulau Langkawi. Alhamdulillah Terima kasih Allah atas peluang yang cukup tak ternilai ini. Heee

So, next trip, ke manakah kita? Just wait and see! Nak join, jom! Lagi ramai, lagi seronok. Hehe. Till we meet again. Salam (^^,)

Koleksi gambar selfie kami guna monopod. Sumber iPhone 5s + monopod + shutter. Banyak lagi ni baru suku bahagian. Haha
Sincerely,

Aizuddin bin Rojalai
22 May 2014 - 26 May 2014
Pulau Langkawi, Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Panduan Untuk Guru Baru Posting

Temuduga SPP : Tahniah Anda Berjaya!

The Journey of My Sarjana Pendidikan TESL @ UKM 2019/2020/2021/2022