Tips dan Panduan Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 oleh SPP

                                              Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai urusan temuduga bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) di Putrajaya baru-baru ini. 

Prologue: Urusan temuduga bagi lepasan IPGM yang tamat pada tahun 2015 ini ialah untuk tagging SK dan SJKT manakala tagging SJKC telah ditemuduga pada November 2015 yang lalu. Alhamdulillah, sekarang semua telah berjaya di temuduga bermula 4 April 2016 - 29 April 2016 di Kompleks JPM, Putrajaya.

There are few tips yang saya nak kongsikan:

1. Persiapkan diri dengan mental dan fizikal.
2. Persiapkan diri dengan dasar dan program-program KPM.
3. Perkemaskan pengetahuan mengenai isu-isu semasa.
4. Berdoa dan bertawakkal kepada Allah.

Saya telah ditemuduga pada 18 April 2016 yang lalu. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik seperti yang dirancang. Temuduga ini diadakan secara berkumpulan and no more individu. Dalam kumpulan nanti akan ada 5-6 orang ahli so korang kena sepakat siap-siap. Hewhew

Ni dia slip panggilan temuduga saya.

Apa yang perlu bawa semasa temuduga:

1. Surat beranak dan IC

2. Sijil berhenti sekolah

3, Sijil SPM. Bukan slip putih tu. Sijil yg warna hijau. Hehe

4. Surat tawaran PPISMP

5. Sijil cap perak tamat PPISMP

6. Surat tawaran PISMP

7. Surat tamat PISMP 

8. Sijil pengiktirafan JPA

9. Transkrip akademik Sem 8 hingga Sem 1

10. Sijil ORIGINAL kokurikulum

11. Buku RPH paling TERBAIK dan LATEST at least sebulan pengajaran. Pastikan buku RPH LENGKAP. 

12. Salinan fotokopi sijil korang yang TELAH DISAHKAN oleh PEGAWAI KERAJAAN sahaja. Berapa salinan? SATU salinan sahaja. Letak dalam sampul surat putih.

13. Sijil koko ni dia nak TIGA tertinggi sahaja. Lebih takpa jangan kurang.

14. Blazer hitam

15. Nametag rasmi hitam putih ukuran 7.5 cm x 2.5 cm

16. Baju plain warna cerah/tie saiz standard

Haaa. Rasanya tu je kot yang penting dan wajib. Yang lain tu boleh tambah dan ubah ikut kesesuain diri sendiri. Heee

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masa saya temuduga hari tu, ada dua panel yang temuduga saya. Antara soalan yang ditanya oleh panel saya termasuklah:

Soalan dari Panel 1 dari SPP: Dato' Imran

1. Introduce yourself.
2. How to achieve professionalism among teachers?
3. What are the changes that you want to do in school later on? How you want to implement it? Elaborate one with example.
4. What is ASEAN? How many countries involved? What are they do?
5. What is UNESCO? 
6. Between content of teaching and pedagogy, which one is more important? Why?

Panel 2 Cikgu Cemerlang Inggeris : Puan Azlina

1. What was your best lesson during your practicum?
2. What is I-THink? Give one example and how you want to use it in teaching?
3. Write one word in English with various meaning? Saya jawab WATCH. Satu maksud jam tangan. Satu lagi menonton. Hehe
4. APTIS Test result.

Memandangkan saya course TESL, jadi semasa temuduga, saya FULL SPEAK ENGLISH. Adapun kawan-kawan saya yang course TESL, ada yang speaking separuh, Malay separuh. Hehe. Depends on panels actually. Interview saya berlangsung kurang lebih SATU jam sahaja. Bunyi macam lama kan? Tapi bila duduk dalam tu, sekejap sangat rasa. 

Groupmates yang sangat membantu walaupun kami dilarang tolong menolong antara satu sama lain. Alhamdulillah wa syukurillah. 
Semoga kami semua PISMP Ambilan Januari 2012 dari IPGM lulus temuduga dan selamat dipostingkan tak lama lagi. InsyaAllah. Mohon doa dari semua pembaca blog ni. Hehe

Terima kasih buat ma saya, family dan sahabat-sahabat yang membantu sepanjang urusan temuduga ini berlangsung. You know who you are. Hanya Allah yang mampu membalas budi baik kalian. Amiiinn.

Sekian, ini saja tips dan panduan yang saya boleh share. Semoga berjaya buat semua yang bakal-bakal ditemuduga kelak. InsyaAllah :)


My groupmates

Sincerely,
Aizuddin bin Rojalai
21 April 2016





Comments

Popular posts from this blog

Panduan Untuk Guru Baru Posting

Temuduga SPP : Tahniah Anda Berjaya!

The Journey of My Sarjana Pendidikan TESL @ UKM 2019/2020/2021/2022