Cara Memohon Rumah Peranginan Kerajaan Untuk Penjawat Awam

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera..

Memandangkan ada beberapa kawan saya minta buat tutorial cara untuk apply menginap di Rumah Kerajaan Persekutuan untuk penjawat awam, di sini saya akan kongsikan beberapa langkah yang harus dibuat:

1. Mula mula kena pergi dekat website Bahagian Pegurusan Hartanah. Kemudian cari butang PENDAFTARAN PENGGUNA. Ini link : http://www.bph.gov.my/sbbphv2/c/

Akan keluar macam ni. Kemudian cari butang pendaftaran pengguna.

2. Dah bukak link tu, then cari butang pendaftaran pengguna. Korang isilah maklumat peribadi korang. Pastikan semua maklumat betul dan masukkan emel yang aktif sebab nanti dia akan hantar ID dan Password dekat emel kita. Segala maklumat kita akan link dgn sister HRMIS. So tak boleh tipu-tipu. Dalam masa paling lama 3 hari bekerja, korang dah boleh cek emel korang utk dptkan ID dan PW. 



3. Dah dapat ID and PW, log in lah macam biaso. Then akan keluar gambar macam dekat bawah. Korang boleh pilih lah nak duduk Rumah Transit or Rumah Peranginan Persekutuan. Apa beza dua tempat ni? Haaa

Rumah Transit dia murah sikit. Rumah Peranginan Persekutuan ni mahal sikit. Tapi facilities or semua benda dalam rumah tu sama je rasanya. Huhu. So pilihlah ikut bajet korang. And tak semua negeri ada kemudahan rumah ni. Based on tempat-tempat tertentu je. Boleh tengok list di dalam website tu or aku dah skrinshot utk korang kat bawah. 

Dah log in akan keluar macam ni.


Ini senarai rumah transit

Ini senarai rumah peranginan persekutuan

4. Haaa. So dah pilih rumah korang kan? Cek available date. Kalau keluar, maknanya, rumah tu available on that chosen date. Boleh terus bayar guna internet banking m2u or cimbclicks or anything. Dah siap bayar, korang akan dapat 3 documents; 1. Surat Kelulusan, 2. Resit dan 3. Deposit. 

So download lah and print dan bawak masa check in nanti? Ada faham? Tengok contoh di bawah.

Contoh booking yang berjaya. Ada senarai cetakan kt bawah tuu.

Ini surat kelulusan itu. Print dan bawak masa check in ye. 


5. Syarat-syarat check in korang baca dekat surat tu ye. And fyi, kena bayar RM50 masa korang buat payment tu. Deposit dapat selepas 1bulan-3bulan korang check out. So, mohon bertabah ye. Kalau dapat cepat, rezeki. Huhu


So, itu aje lah cara-cara nak booking rumah kerajaan ni. Senang je kan? Yang penting sungguh-sungguh berbaloi untuk menginap berbanding homestay sebab harganya yang super-duper murah tu. MAKE SURE, BOOKING AWAL YE. TAK BOLEH BOOKING ON THE SPOT SEBAB TAKUT TAK AVAILABLE. YE LAH, RUMAH MURAH KAN, MESTILAH LAKU MACAM GORENG PISANG PANAS, YE DAK? HAAA.

Itu sahajalah coretan untuk hari ini. Tak faham, boleh komen, nanti saya reply satu per satu. Sekian, adios amigos :)

Aizuddin bin Rojalai,
Penjawat Awam.


Comments

Popular posts from this blog

Panduan Untuk Guru Baru Posting

Temuduga SPP : Tahniah Anda Berjaya!

The Journey of My Sarjana Pendidikan TESL @ UKM 2019/2020/2021/2022